MalaisBerkenaan Dengan KitaSiapa SACC?
Kami adalah pakar dalam bidang perubatan yang terdiri daripada doktor,
jururawat dan penasihat. Kami dilengkapi dengan rawatan dan perubatan kecemasan bagi mereka yang memerlukan bantuan dan galakan dari segi mental dan fizikal. Ini adalah untuk remaja-remaja (berumur 12 tahun ke atas), wanita dan lelaki yang sedang mengalami serangan yang berkenaan dengan seks kebelakangan ini. Perkhidmatan kami adalah percuma dan maklumat anda adalah rahsia. Kami juga boleh menjaga mangsa-mangsa yang mempunyai kecacatan badan. Kami juga akan mengatur pentafsir-pentafsir untuk membantu kami memahami mereka yang mempunyai kesukaran dalam Bahasa Inggeris. Kami boleh dihubungi sentiasa dan pada bila-bila masa.
Dimanakah 'Sexual Assault Care Centre'?Pergi ke Bahagian Kecemasan dari 'Grace Division of The Scarborough Hospital, 3030 Birchmount Road, Scarborough, Ontario'. ini terletak di selekoh Finch Avenue dan Birchmount Road. Anda juga boleh menghubungi kami di 416-495-2555. Langkah Seterusnya?Pegawai kecemasan kami akan menjaga anda dan mengubati luka-luka anda. Kemudian, kami akan memanggil jururawat untuk anda. Jururawat-jururawat profesional kami akan membawa anda ke bilik-bilik khas yang disediakan untuk mengubati anda. Jururawat berkenaan akan mendengar dan menerangkan pilihan yang sesuai untuk anda. Jikalau anda memilih untuk mendapatkan bukti, doktor kami dari SACC akan dipanggil masuk. Apa Lagi?Rawatan perubatan juga termasuk pemeriksaan badan dan penjagaan luka-luka badan. Anda juga diberi perubatan untuk merawat penyakit sifat sexs. Rawatan pencegahan kehamilan juga didapati. Kami juga boleh mengambil dan mencatatkan/merekodkan segala bukti fizikal yang berkenaan jika anda memilih untuk mengambil tindakan undang-undang. Pengambilan Bukti-Bukti Fizikal:Peralatan Memeriksa Serangan Sexs digunakan untuk mengumpul segala bukti perubatan dari badan anda dan pakaian anda untuk membantu dari segi tindakan undang-undang. Bukti-bukti tersebut hanya boleh dikumpul dalam masa 72 jam selepas serangan tersebut. Jika anda tidak pasti samaada anda ingin pihak polis masuk campur, bukti yang diperolehi boleh dirahsiakan oleh SACC sehingga 6 bulan. Ini memberi masa kepada anda untuk membuat keputusan yang wajar. Kami tidak akan melaporkan apa-apa bukti tentang kes serangan berkenaan kecuali dengan permintaan anda kepada jururawat-jururawat atau doktor-doktor kami. Apabila Keluar Dari Hospital:Jururawat-jururawat kami juga akan memastikan anda mempunyai maklumat terperinci tentang pengalaman dan pemikiran amnya, juga perasaan dan tindak balas anda terhadap serangan sifat sexs. Anda juga diberi beberapa pilihan untuk rawatan seterusnya dan juga nama-nama jururawat dan doktor yang memberi rawatan kepada anda. Maklumat tentang tindakan undang-undang juga akan diberi kepada anda. Jururawat SACC akan menelefon anda selepas beberapa hari untuk manjawab apa-apa pertanyaan dan juga untuk menolong mengatur temujanji seterusnya untuk bantuan perubatan jika perlu. Laporan Orang Ketiga Yang Tidak Dikenali/Bernama:Jika anda tidak megharapkan siasatan dari pihak polis, anda boleh melengkapkan Laporan Orang Ketiga Yang Tidak Dikenali/Bernama. Tujuan laporan ini dilengkapkan adalah untuk membantu pihak polis dalam penyiasatan orang-orang yang terlibat dan disyaki. Nama mangsa tidak akan digunakan di dalam laporan tersebut. Borang tersebut boleh didapati di pejabat SACC. Jururawat yang sedia ada boleh menolong untuk melengkapkan borang tersebut. Bantuan Dan Perkhidmatan Kaunseling:Serangan sexs adalah satu pengalaman yang pahit dan menakutkan, dan seseorang biasanya mengalami pelbagai perasaan dan pemikiran yang boleh membawa ganguan kepada hidupnya. Jururawat-jururawat dan doktor-doktor yang sedia ada sentiasa disini untuk membantu anda. Kami juga menghulurkan bantuan kaunseling tambahan untuk mengurangkan kesan dari pengalaman pahit dan juga untuk membantu anda mengendalikan dengan jayanya. Keluarga dan kawan anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada kami untuk mengendali perasaan dan emosi mereka dan juga belajar bagaimana untuk menolong dan menyokong anda. Pengajaran:Salah satu fungsi penting di SACC adalah untuk memberi pengajaran kepada sekolah, profesionals dan juga masyarakat tentang perubatan, tindakan undang-undang dan emosi dari segi serangan sexs. Maklumat Penting:Ia adalah penting untuk sentiasa ingat bahawa mangsa adalah tidak salah. Tertuduh seharusnya yang perlu bertanggungjawab terhadap perbuatannya. |